Sahabat Setia Panglima




26 Mei 2013

Pembaca Cina turut sokong tindakan terhadap Red Bean Army demi keamanan Malaysia !

KUALA LUMPUR 25 Mei - Ekoran penyiaran berita tentang anasir jahat dalam laman siber, Utusan Malaysia turut menerima surat daripada pembaca berketurunan Cina yang menyokong agar tindakan diambil terhadap pihak terbabit.

Pembaca tersebut yang mahu dikenali sebagai Kevin J.C. Chuah dari Pulau Pinang dalam satu surat kepada akhbar ini berkata, Red Bean Army telah membuat pelbagai tohmahan yang berniat jahat sejak enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Berikut surat beliau yang dihantar kepada Utusan Malaysia.

Saya seratus peratus setuju atas cadangan beberapa pihak yang menyeru supaya Akta Komunikasi dan Multimedia dipinda dan tindakan tegas serta segera diambil terhadap Red Bean Army yang membuat komen dan tohmahan melampau yang berniat jahat untuk memusnahkan keharmonian rakyat sejak kebelakangan ini terutamanya enam bulan sebelum PRU-13.

Malah, selepas PRU-13, oleh kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan rakyat (PR) ditolak oleh rakyat dan gagal menawan Putrajaya, kumpulan Red Bean Army terus melontar fitnah bertujuan mengapi-apikan rakyat khususnya golongan Cina supaya tidak menerima keputusan PRU-13.

Sebagai contoh, pusat pengiraan undi di kawasan Bentong (didakwa berlaku kejadian bekalan elektrik terputus) sedangkan insiden itu tidak berlaku dan ini juga disahkan oleh salah seorang ejen pengira undi pakatan rakyat, tetapi kumpulan Red Bean Army tidak berhenti-henti membuat tuduhan melulu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengutuk SPR kerana berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memanipulasi keputusan pilihan raya kawasan Bentong.

Mujurlah saya dapat menguasai bahasa Cina iaitu bahasa pengantaraan yang secara meluas digunakan oleh kumpulan Red Bean Army di laman siber yang bukan saja menyerang tokoh-tokoh politik malah media-media Cina yang melaporkan berita yang kononnya tidak 'sedap' dibaca oleh mereka walaupun kandungan berita adalah jitu dan tepat.

Pada pendapat saya, kelakuan kumpulan Red Bean Army bertujuan 'merampas' (hijack) hak bersuara media-media supaya segala berita yang dilaporkan mengikut cita rasa mereka iaitu memburuk-burukkan kepimpinan BN dan mengangkat tinggi pakatan rakyat.

Contoh yang nyata ialah siri perhimpunan 'Blackout 505', pemimpin-pemimpin pakatan rakyat lazimnya akan melipatgandakan angka orang ramai yang hadir yang langsung tidak masuk akal, tetapi angka yang diumum oleh para pemimpin pakatan rakyat harus dipapar tanpa dipertikaikan, sekiranya tidak, media berkenaan akan dikecam sekuat-kuatnya di laman siber.

Amat terkejut juga saya terbaca kononnya perbelanjaan kumpulan Red Bean Army dibiayai oleh dua buah kerajaan pakatan rakyat. Sekiranya ini adalah benar, ia merupakan perkara yang amat menyedihkan.

Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyiasat secara mendalam dakwaan itu dan memperbetulkan keadaan.

Sebagai anak Malaysia yang cintakan keharmonian dan menjunjung tinggi hak kebebasan dunia siber, kita harus bersuara dengan betul, bernas dan penuh tanggungjawab, segala niat jahat terutama yang bertujuan merosakkan keamanan langsung tidak dapat diterima dan harus dikikis secepat mungkin.

Kita harus ingat, kebebasan bersuara di siber bukan bererti kita mempunyai hak untuk mencipta kekecohan, mencaci sesuka hati, membohong yang bukan-bukan, mereka cerita palsu, menyuntik rasa kebencian yang merosakkan keadaan aman negara sekali gus mengundang pelbagai ancaman.

Hak kebebasan bersuara dan bertulis di laman siber mesti ada batas dan hadnya, janganlah dibiarkan seperti api merebak yang hilang kawalan, akhirnya akan membawa padah kepada kita semua.

KEVIN J.C. CHUAH

Pulau Pinang


http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130526/dn_05/Pembaca-Cina-sokong-tindakan-terhadap-Red-Bean-Army


Sent from my iPhone

STRATEGI MENGEPUNG CHINA YANG DIATUR AMERIKA

20130526-004457.jpg

Ini dilaporkan oleh media Thailand, AlThaiNews (Alternatif Thai News Network).

Menggulingkan kerajaan BN Malaysia sangat penting bagi Amerika Syarikat dalam STRATEGI MENGEPUNG CHINA YANG SEDANG DIATUR AMERIKA.

Malaysia berada di lokasi strategik dalam konflik Amerika-China.

Malaysia meminggiri Selat Melaka dan Laut China Selatan, dua laluan laut yang sangat penting dan perlu dikuasai Amerika bagi mengepung China serta menghadapai perang dengan China di masa depan.

UNTUK KUASAI SELAT MELAKA DAN LAUT CHINA SELATAN, AMERIKA PERLU KUASAI MALAYSIA SECARA PROXY. AMERIKA DAH AMBIL KEPUTUSAN ANWAR IBRAHIM DAN PAKATAN RAKYAT MESTI MEMERINTAH MALAYSIA NO MATTER WHAT!

Maka setelah PRU 13, Amerika meneruskan usaha menggulingkan kerajaan BN melalui rusuhan jalanan yang akan dilakukan oleh NGO2 Malaysia yang dibiayai Amerika seperti Bersih 2.0, SUARAM dan lain2 lagi.


http://www.pisau.net/strategi-mengepung-china-yang-sedang-diatur-amerika/


Sent from my iPhone

25 Mei 2013

SPR Kata Tidak Ada Petisyen Dikemuka @Anwaribrahim @Limkitsiang dan PAS UMNO Sahkan Tiada Perbincangan Dilakukan

Sinar Harian Sabtu 24.5.2013 muka 17

Malaysia Model Negara Islam Hingga Tun Mahathir Dijemput Presiden Morsi Beri Pandangan

Malaysia Model Negara Islam

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sering menjadikan negara timur tengah sebagai contoh sepanjang ceramah jelajah yang dilakukan, kerana dikatakan mempunyai rakyat yang berani untuk melalui gerakan 'arab spring'. Malah nama mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga seakan tidak lepas dari bibirnya apabila sering dihina dan dicerca dengan pelbagai kata-kata nista bagi mewujudkan sentimen kebencian rakyat.

Namun di sebalik kejian dan cacian itu, umum mengetahui dan maklum mengenai jasa Tun Mahathir sepanjang 22 tahun mengurus tadbir negara. Malah beliau juga merupakan tokoh yang berjaya membuka mata dunia untuk memandang Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berjaya berkembang maju pesat menandingi negara-negara mundur yang lain.

Dengan usaha yang dijalankannya, sudah pasti tidak semua yang senang dengan cara beliau yang mengamalkan ketegasan dan disiplin yang tinggi. Namun, dengan sikapnya yang tegas dan berdisiplin itulah beliau berjaya mengangkat taraf hidup dan memberi kesenangan kepada penduduk sejagat di negara ini.

Tidak menumpukan perkembangan ekonomi dan kemajuan negara sahaja, Tun Mahathir turut bertanggungjawab membawa naik nama Islam negara ini dan sekali gus menjadikannya sebagai tokoh Islam yang disegani dunia.

Oleh kerana itu, sehingga kini ramai yang mengagumi jasa dan ketegasan beliau ketika memerintah negara. Baru-baru ini, cara kepimpinan dan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin untuk membantu menstabilkan Mesir, negara yang dikuasai oleh kumpulan tersebut.

Tun Mahathir diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab. ?Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan Islam yang menjadi tenaga utama menumbangkan rejim Hosni Mubarak dan memenangi pilihanraya umum Mesir selepas itu.

?Mereka menubuhkan satu parti politik yang dinamakan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang diketuai oleh Presiden Mesir kini Mohamed Mosri. ?Namun selepas dua tahun menerajui Mesir, keadaan di negeri yang mempunyai 80 juta penduduk itu masih juga gagal untuk distabilkan baik dari segi ekonomi mahupun politik.
?
Berikutan itu, Ikhwanul Muslimin telah menjemput tokoh-tokoh Islam utama dunia untuk memberikan pandangan mereka dan cadangan agar negara yang sedang bergolak itu kembali pulih seperti sedia kala.
?
Pada Ahad yang lepas, Tun Dr Mahathir yang cukup dikenali di dunia Islam sebagai peneraju pembangunan negara Islam yang sederhana dan maju selepas 22 tahun mentadbir Malaysia telah dijemput untuk berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh rata-ratanya pembuat dasar, ahli perniagaan dan politik Mesir.

Persidangan tersebut mendapat liputan luar biasa oleh media bukan sahaja dari Mesir bahkan dari seluruh dunia Arab. ?Dalam ucapannya Dr Mahathir mengajak kerajaan baharu Mesir mencontohi pengalaman Malaysia sebagai model dalam memacu kemajuan ekonomi di negara ini.

Secara jujurnya, beliau merupakan satu aset yang berharga buat negara kerana beliau mempunyai satu tahap pemikiran yang menjangkaui ke hadapan. Dengan mempunyai tokoh sebegini, rakyat seharusnya lebih bersyukur dan berterima kasih di atas apa yang berjaya di kecapi sekarang.

Sedangkan negara luar berebut untuk mendapatkan Tun Mahathir, tak mungkin kita di negara ini hanya mampu melihat dan membiarkan tokoh ilmuwan kita itu dibawa pergi. Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membawa Malaysia sehingga ke tahap ini.

Kesimpulan yang ingin disampaikan ialah, gerakan 'arab spring' yang sering menjadi kebanggaan Anwar bukanlah satu model yang terbaik untuk dicontohi oleh rakyat. Ia bukan sahaja menyebabkan ekonomi negara musnah namun turut menyebabkan rakyat menjadi mangsa dan menanggung akibat yang buruk.

Kedua, walaupun Anwar cuba memburukkan Tun Dr Mahathir sebagai negarawan, namun masyarakat dunia nyata begitu menghargai tokoh yang sering dihina dan dicerca ini. Fikir-fikirkanlah.Kiriman Email

Tsunami Cina Akibat Politik Tipudaya Pakatan Jahat

TSUNAMI CINA BAKAL TERIMA TEMPELAKAN ORANG MELAYU

Antara strategi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menutup kegagalan memimpin pakatan pembangkang merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu ialah dengan menyanggah kenyataan tsunami Cina yang disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar cuba mengelak daripada dipertanggungjawabkan oleh penyokong pembangkang terutamanya pengundi Cina atas pembohongan bahawa Pakatan Rakyat sudah pasti akan menubuhkan kerajaan pusat yang baru pada PRU13.

Atas keyakinan pengundi Cina terhadap janji manis Anwar maka berduyun-duyun keluar mengundi calon-calon pembangkang dengan harapan tumbanglah Barisan Nasional pada kali ini.

Hasil termakan dengan janji kosong Anwar, hanya lima daripada 37 calon MCA memenangi kerusi parlimen yang ditandingi.

Kesemua kerusi MCA yang kalah dibolot oleh Dap dengan bukan sahaja memperlihatkan peningkatan jumlah kerusi parlimen bagi parti tersebut tetapi juga jumlah undi Cina yang diperolehi.

Daripada 28 kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi oleh Dap pada PRU 2008 kini ia berjaya merampas 10 lagi kerusi menjadikan jumlah sebanyak 38.

Malah Dap mempunyai jumlah kerusi parlimen terbanyak berbanding pas sebanyak 21 dan PKR 30.

Kejayaan Dap adalah akibat tsunami Cina yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri di mana hanya 3 peratus undi Cina berjaya diperolehi oleh calon-calon BN.

Akibat kekalahan paling teruk MCA sejak penubuhan parti itu, tiada seorang pun wakil parti itu dilantik ke dalam Kabinet baru.

Jika hampir 100 peratus pengundi Cina memberi undi mereka kepada Dap, Pas serta PKR tidakkah ini dikatakan tsunami Cina atau Anwar terlalu buta atau bebal untuk memahami analisis politik yang semudah ini.

Hakikatnya pengundi Cina telah tertipu kerana mereka telah terlupa episod hitam pada 2008 apabila Anwar pertama kali membuat janji bahawa kerajaan pimpinan mantan Perdana MenteriTun Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang kerana 30 ahli parlimen BN sudah bersedia melompat menyokongnya.

Anwar membohongi rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.

Permainan wayang Anwar akhirnya terbongkar apabila terbukti beliau telah memperjudikan kesstabilan politik negara dengan mewujudkan satu keadaaan yang tidak tenteram serta gelisah di kalangan rakyat jelata.

Natijah daripada episod 16 September 2008, Anwar kini dilihat sebagai badut politik yang tidak boleh dipercayai kata-katanya apatah lagi apa-apa janji-janji yang dibuatnya.

Malangnya pengundi Cina mudah terlupa akan apa yang berlaku lima tahun dahulu dan sekali lagi mereka telah diperdaya oleh Anwar.

Ini berlainan dengan pengundi Melayu yang majoritinya masih menyokong UMNO dan BN serta menolak politik rasis Dap.

Pengundi Cina terperangkap dengan wayang kulit yang dimainkan Anwar tanpa menoleh ke belakang melihat kepada sejarah pembohongan politik yang dilakukan oleh beliau sejurus selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Julai 2008.

Pengundi Cina juga gagal menilai ikatan setiakawan yang sudah terjalin antara UMNO, MCA dan MIC sejak sebelkum merdeka lagi dan kerjasama politik yang berlandaskan kepada konsep menang-menang inilah yang melahirkan sebuah negara yang berdaulat, maju, progresif dan membangun ke hari ini.

Generasi muda pengundi Cina seolah-olah terpisah daripada kesinambungan sejarah perjuangan kemerdekaan negara sehingga mempercayai segala segala dakwaan dan fitnah yang direkacipta oleh pemimpin Dap dan pembangkang terhadap BN dalam usaha mereka mengejar kuasa politik.

Akibat fitnah melampau yang dicanai oleh gerombolan pembangkang yang hanya mementingkan kuasa politik mengatasi kepentingan negara daripada segalanya, pengundi Cina hilang pertimbangan yang rasional dan logik untuk menyokong pembangkang secara muktamad.

Mereka hilang pedoman dan pertimbangan politik sehingga mengenepikan asas-asas kenegaraan dan politik negara ini yang tunjangnya adalah ketuanan Melayu.

Jiwa rasis Dap telah berjaya diresapkan ke dalam pemikiran dan sanubari pengundi-pengundi Cina tidak kira tua atau muda, matang atau kememeh.

Dap mungkin menang besar pada PRU kali ini tapi mangsanya adalah masyarakat Cina yang kini dipandanbg seorang oleh orang Melayu.

Pengkhianatan yang dilakukan oleh pengundi Cina terhadap UMNO dan BN tidak mungkin dapat dilupakan oleh orang Melayu.

Mungkin tsunami Cina telah berlaku dengan mengukuhkan kedudukan kerusi parlimen bagi Dap tetapi tsunami politik yang lebih besar dan dahsyat kini menanti mereka yang melakukan pengkhianatan.

ends




Kiriman Email
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...